Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kedah terima dana RM300,000?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daud.jpg
Tular di sosial media mengenai seorang individu melahirkan rasa simpati terhadap nasib pasukan Liga Super Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA), yang mengalami masalah kewangan sejak awal musim.

Datuk Royfaizal Razali Chong berkenan menyumbang sebanyak RM 300,000 sebagai wang penaja kepada Sang Kenari selepas mengadakan pertemuan bersama pemilik kelab, Tan Sri Daud Bakar.

Perkara itu disahkan sendiri olehnya selepas memuat naik dalam Instagramnya bukti resit yang disalurkan kepada akaun bank rasmi Kedah.

 


“Saya ada terbaca juga di sosial media berkenaan dengan tunggakan gaji pemain bola tetapi pemain masih bersemangat untuk terus bermain pada masa yang sama menantikan sinar harapan daripada bakal penaja yang ada.

"Secara peribadi, saya tahu RM300,000 tak mampu untuk menyelesaikan semua masalah yang ada, tetapi saya percaya ia mampu untuk mengurangkan sedikit sambil berdoa ada lagi penaja yang tampil ke depan,” katanya.

Di sebalik sumbangan murni itu, ada peminat Kedah mempersoalkan dana tersebut.




Segelintir penyokong menggesa Tan Sri Daud Bakar memberi respon terhadap wang yang diterima bagi membantu pasukan.


Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video