Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kedah dalam persiapan terbaik, sasaran empat teratas realistik -- Al-Hafiz

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

al-hafiz-harun-kedah.jpg
Tonggak tengah Kedah Darul Aman FC, Al-Hafiz Harun, berkata pasukan Kenari itu sedang menjalani persiapan terbaik menjelang aksi pertama Liga Super 2023 menentang Perak di Ipoh, Sabtu ini.

Pemain kelahiran Sik itu juga menganggap sasaran yang diletakkan pasukan itu untuk berada dalam kelompok empat teratas liga musim ini juga sebagai sesuatu yang realistik dan mampu dicapai.

Al-Hafiz, yang turut mesra disapa dengan panggilan Awang, turut bertekad untuk memulihkan semula reputasinya di bawah kendalian ketua jurularih baru, Nafuzi Zain, musim ini.

"Apa yang saya nampak, persiapan tahun ini lebih teratur berbanding tahun lalu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Bukan untuk membandingkan pemain tahun ini dengan tahun lalu tetapi tahun ini kelihatan lebih kemas dan rapi daripada segi kualiti yang kami miliki.

"Saya sendiri mengakui bahawa prestasi saya musim lalu agak tenggelam dan tidak dapat mengeluarkan potensi sebenar tetapi tahun ini, saya berazam dan berusaha untuk merebut tempat dan mendapatkan prestasi seperti dulu.

"Insya-Allah saya akan buat yang sebaik mungkin," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video