Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kedah buru keputusan positif lawan JDT

kda-fc.jpg
Cabaran besar menanti Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila menerima kunjungan Johor Darul Ta'zim (JDT) FC dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman malam esok.

Bagaimanapun, pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain, tetap mahu pemainnya memburu keputusan positif dengan sokongan padu di laman sendiri.

Katanya, momentum kemenangan 1-2 yang diperolehi ke atas Penang FC pada Selasa lalu diharapkan dapat memberikan saingan kepada JDT FC selepas mereka dikecewakan oleh lawan itu dalam pusingan pertama Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, April lalu

"Kami mahu meneruskan fokus kami selepas meraih lima kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Super sebelum ini. Kami juga teruja untuk berdepan JDT sekali lagi.

"Kami sedar ia adalah satu cabaran besar dan tugas berat yang perlu dihadapi berdepan pendahulu Liga Super itu, namun sebagai tuan rumah, kami juga bertekad mahukan satu keputusan yang positif," katanya.

Mengulas lanjut, Nafuzi mengakui KDA FC perlu bekerja keras dengan memberikan aksi lebih 100 peratus bagi menyaingi kualiti skuad kendalian Esteban Solari itu.

Menurutnya, biarpun mencapai momentum dengan lima kemenangan sebelum ini, masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Kami memberi tumpuan kepada kelemahan ini apabila kembali semula ke padang latihan di samping perlu meningkatkan lagi aspek mental dan fizikal untuk berdepan JDT," ujarnya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video