Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KDA FC turun tanpa Ott, Tuck

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nafuzi.jpg
Kedah Darul Aman (KDA) FC kehilangan dua tonggak utamanya apabila bertemu Terengganu FC (TFC) dalam aksi ke-15 Liga Super 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.

Pengendalinya, Nafuzi Zain, berkata kapten pasukan, Manuel Ott, dan pemain naturalisasi, Lee Tuck, tidak dapat diturunkan dalam aksi penting itu disebabkan menjalani hukuman penggantungan perlawanan.

Menurutnya, Sang Kenari berdepan misi sukar untuk mencuri mata di Kuala Terengganu tetapi dia tetap percaya kepada bakat tempatan untuk mengisi tugas yang sebelum ini digalas Ott dan Tuck.

"Kami terasa ketiadaan Manuel Ott, Lee Tuck dan juga saya sendiri dalam pasukan yang akan berdepan Terengganu pada 3 Julai ini.

"Ini adalah satu misi yang berat buat kami yang akan beraksi di tempat lawan kerana kita tahu mereka adalah satu pasukan yang hebat dan memiliki pemain berpengalaman," katanya.

Nafuzi dan Ott masing-masing digantung tiga dan dua perlawanan selepas dilayangkan kad merah sewaktu KDA FC tewas kepada PDRM FC di laman sendiri dalam aksi Liga Super pada 4 Mac lalu.

Tuck pula digantung berikutan memungut tiga kad kuning dalam beberapa aksi sebelum ini.

Nafuzi berkata, Sang Penyu juga liat untuk dijinakkan di laman mereka dan pada waktu sama menunjukkan perkembangan permainan yang semakin meningkat daripada segi keupayaan dalam setiap perlawanan.

Menurutnya, perancangan telah dilakukan bagi menghadapi perlawanan itu dalam usaha tidak tercicir mata kerana mereka mahu terus kekal dalam kelompok atasan Liga Super.

"Saya jangka perlawanan ini berbeza jika dibandingkan dengan keadaan semasa kali pertama kami menentang mereka di Stadium Darul Aman sebelum ini," ujarnya lagi.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video