Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kapten Terengganu perlu rebut tempat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nijey-roshasni.jpg
Kapten Terengganu, Shahrul Nizam Roshasni, akui perlu melipat gandakan usaha untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Peteh itu musim baru ini.

Pertahanan yang mesra disapa Nijey itu menganggap tiada jaminan tempat buat mana-mana pemain, sebaliknya mereka perlu bersaing secara sihat bagi memikat hati ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali.

Nijey turut menyeru kepada semua penyokong setia Sang Penyu agar memberikan ruang kepada dia dan rakan sepasukannya untuk membentuk persefahaman, sekali gus mencapai sasaran berada dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Super musim ini.

Untuk rekod, Nijey telah beraksi sebanyak 37 perlawanan dalam semua kejohanan yang disertai Terengganu sepanjang musim lalu.

"Alhamdulillah, setakat ini semua baik dan dengan kehadiran pemain baru tempatan yang pernah beraksi dalam Liga Super, selain pemain import baru, Insya-Allah, pasukan kami akan lebih baik musim ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Untuk mencari keserasian, mungkin akan memakan masa. Tahun lalu kami pasukan lima teratas, jadi mungkin musim ini sasarannya lebih sedikit berbanding musim lalu

"Saya juga tidak tahu saya akan dapat bermain atau tidak tetapi saya akan mencuba untuk bersaing kerana di Terengganu, pertanan tengah semuanya berkualiti, tidak kira pemain tempatan atau import, jadi tiada jaminan. Ia persaingan yang sihat," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video