'Kami akan bangkit'
Itu antara jaminan pemain import tengah berpengaruh PDRM, Fadi Awad, yang percaya pasukannya mampu melakar kemenangan selepas kemarau kemenangan dalam empat perlawanan Liga Super 2025/26 setakat ini.
Tonggak antarabangsa Jordan itu menggesa rakan sepasukannya untuk melupakan keputusan aksi lalu, sebaliknya fokus bagi menghadapi pertemuan menentang Kelantan The Real Warriors di laman sendiri pada 20 September nanti.
Meskipun berlaku rombakan dalam pasukan musim ini, Fadi percaya Sang Saka Biru tetap memiliki gabungan pemain tempatan dan import yang berkualiti serta mampu memberikan saingan kepada pasukan lain.
Perancang tengah berusia 32 tahun itu menyifatkan nasib dan juga rezeki tidak memihak ‘The Cops’ selepas terpaksa akur dengan tiga keputusan seri meskipun beraksi baik.
Untuk rekod, sepanjang empat musim bersama PDRM, Fadi muncul antara watak penting berjaya membantu pasukannya yang berpengkalan di Pulapol itu untuk mara ke pentas akhir MFL Challenge Cup dua tahun berturut-turut selain menjuarainya dalam edisi 2023.
"Musim ini semua pemain ada kualiti yang bagus terutamanya pada jentera serangan dan pertahanan, musim ini anda melihat pasukan yang baru dalam PDRM.
"Saya suka bekerjasama dengan jurulatih Eddy, jurulatih tidak suka kekalahan." tambahnya.