Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad, bingung dengan nasib pasukannya tatkala pemain sudah berusaha keras pamer aksi terbaik masing-masing.
Ia juga apabila mereka mencapai keputusan berbeza dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini berikutan kekalahan 0-2 kepada Selangor di Stadium MBPJ malam tadi.
"Saya pun tak tahu kenapa, permainan ada dan pemain berkerja keras. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami, kami digelar pakar seri.
"Kami tidak mempunyai pemain yang boleh menyudahkan jaringan selain Kpah (Sherman), pemain lain harus berkerja keras untuk mendapat tempat dalam kesebelasan," katanya selepas perlawanan.
Perlawanan itu menyaksikan deretan peluang gagal diterjemahkan walaupun Tok Gajah mencipta lebih banyak percubaan berbanding lawan.
Legenda bola sepak Singapura itu berharap anak buahnya mampu menjelmakan kebangkitan dalam baki lima perlawanan dalam usaha memperbaiki kedudukan liga.
"Sudah tentu, kami harap mendapat tempat ketujuh atau lapan.
"Kami tidak dapat beraksi di gelanggang sendiri kerana perlu bermain di Temerloh.
"Ia bukan satu alasan, ini bukan tahun yang baik buat kami memandangkan selalunya kami mampu beraksi dengan lebih baik," katanya lagi.