Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Jimmy mahu angkat Negeri Sembilan antara pencabar utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khuzaimi-pie.jpg
Umpama sirih pulang ke gagang, pertahanan Negeri Sembilan, Khuzaimie Pie, tidak sabar untuk kembali membangkitkan penguasaan skuad Jang musim depan.

Di tambah dengan keserasiannya bersama bekas pengendali Selangor, Nidzam Jamil, Khuzaimi mendedahkan, impaknya di bawah kendalian Nidzam jarang menghampakan.

"Saya pun sudah tahu corak permainan (yang diketengahkannya macam mana).

"Jadi tiada masalah untuk kami bekerjasama untuk musim akan datang," katanya. 

Ada perkara yang mahu dilunaskannya sebaik melangkah ke musim baru.





Dengan situasi Negeri Sembilan yang sudah lama tidak menjulang piala dalam saingan liga domestik, Khuzaimi mengharapkan kehadiran kali ini mampu membuahkan hasil.

"Dengan campuran muka lama dan baru, sasaran untuk mencabar dalam kelompok lima terbaik boleh dicapai. 

"Saya harap kami dapat bekerja sebagai satu pasukan untuk menghadapi musim akan datang," katanya lagi. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video