Johor Darul Ta'zim (JDT) melebarkan penguasaan di tangga teratas Liga Super apabila membelasah DPMM 10-0 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sSkandar Puteri sebentar tadi.
Penyerang sensasi, Bergson da Silva, muncul pemain paling cemerlang dengan meledakkan empat gol, masing-masing pada minit ke-9, 35, 36 dan 73.
Nasib malang DPMM bermula selepas setengah jam permainan apabila pertahanan, Syafiq Shariff, dilayangkan kad merah dan selepas itu, mereka tidak lagi dapat bersaing.
Selain ketajaman Bergson di depan gawang, Oscar Arribas (m-45), Manuel Hidalgo (m-57), Arif Aiman Hanapi (m-69), Jairo da Silva (m-82) dan Romel Morales (m-88) turut mencatatkan nama selaku penjaring, di samping insiden Yura Indera Putera terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-63.
Dengan kemenangan itu, Harimau Selatan terus gah di tangga teratas liga dengan 24 mata hasil kemenangan bersih sepanjang lapan perlawanan setakat ini.
Level Up Game Anda

Kuasa & Kelajuan Di Kaki Anda
Dengan kasut bola Nike Phantom 6 Low Pro, setiap sentuhan lebih tepat dan setiap larian lebih pantas. Direka untuk pemain yang mahu dominasi padang.
Level Up Game Anda