Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Heberty azam tingkat prestasi di JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

heberty.jpg
Pemain import baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes, berazam untuk meningkatkan lagi prestasi dirinya bagi membantu skuad Harimau Selatan itu melakar lebih banyak kejayaan musim ini.

Menurut pemain kelahiran Brazil berusia 34 tahun itu, dia sudah agak lama tidak beraksi sejak saingan Liga Thailand melabuhkan tirai Mei lalu dan hanya sempat mengikuti perlawanan pra-musim selama dua minggu bersama Bangkok United sebelum ke JDT.

“Rasanya saya masih perlu pertingkatkan, terutama daripada segi prestasi (diri), lagipun sudah agak lama saya tidak bermain (beraksi) sejak Liga Thailand berakhir pada Mei lalu.

“Saya hanya sempat mengikut dua aksi pra-musim sebelum datang ke sini (Johor), tapi bagi saya semua itu bukannya masalah, malah saya gembira berada di sini.

“Sukar untuk saya gambarkan mengenai perasaan saya ketika ini tetapi apa yang pasti saya cukup gembira berada di sini dan akan berikan yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, skuad Harimau Selatan sudah mula ‘memburu’ khidmat Heberty sejak 2018 bagi memperkuatkan lagi pasukan berkenaan.

Ia susulan aksi cemerlang bekas penjaring terbanyak Liga Thailand itu dalam musim 2014 dengan merekodkan 26 gol ketika beraksi dengan kelab Ratchaburi Miltr Phol.

Kecemerlangan Heberty kemudiannya berterusan apabila meledak 35 gol dalam 70 penampilan bersama Bangkok United musim lalu, sekali gus menjadikannya sebagai pilihan tepat bagi memperkuatkan jentera serangan Harimau Selatan.

Sementara itu, Heberty menyifatkan saingan Liga Thailand dan Liga Malaysia (Liga-M) adalah antara yang terbaik di rantau ini.

Katanya, ia berdasarkan kepada aksi final Piala FA minggu lalu antara JDT dan Kuala Lumpur City FC, yang mana kedua-dua pasukan mempamerkan aksi terbaik sepanjang perlawanan.

“Kedua-duanya (Liga Thailand dan Liga-M) merupakan saingan liga yang baik. Lihat sahaja perlawanan sebelum ini (final Piala FA), di mana pasukan ini (JDT) telah mempamerkan aksi yang mantap.

“Jadi, perlawanan hari ini (Selangor FC) juga merupakan satu lagi aksi yang agak sukar dan boleh dianggap sebagai pertembungan derby.

“Apa pun, saya cukup gembira berada di sini dan membantu kejayaan pasukan,” katanya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video