Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Hampir pecahkan rekod penjaring sepanjang zaman, ini sebab Hector Bidoglio keluarkan Bergson pada aksi terakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hectorbidoglio.jpg
Penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, hampir bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman selepas untuk memecahkan rekod gol dikumpul bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dengan 106 gol.

Bakal pemain Naturalisasi Harimau Malaya itu telah menghimpunkan 105 gol Liga Super setakat ini.

Bergson sempat menjaringkan satu gol ketika bertemu Kuching City, namun digantikan pada separuh masa kedua, sekali gus melihat dirinya tidak akan mencetak sebarang jaringan lagi malam ini.

Keputusan mengeluarkan bintang dari Brazil pada permulaan separuh masa kedua itu menimbulkan persoalan kepada peminat tempatan yang mahu rekod tersebut dileburkan musim ini.

 

Ketika ditanya kepada jurulatih, Hector Bidoglio, ini merupakan sebab utama mengapa dia mengambil keputusan tersebut. 

"Kami perlu melakukan pertukaran dengan mengeluarkan beberapa pemain.

"Ini kerana padang sangat basah dan agak sukar. 

"Tetapi semua pemain mempamerkan persembahan terpuji sepanjang 90 minit permainan berlangsung," katanya. 

Namun, Bergson tetap menamatkan musim ini dengan gelaran penjaring terbanyak dengan pungutan 32 gol memecahkan rekod semusimnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video