Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Hakim Hassan positif tiada yang mustahil berdepan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-hassan.jpg
Tonggak tengah Terengganu, Nor Hakim Hassan, memberikan jaminan akan melakukan segala yang termampu seandainya disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad peteh bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Jelas Nor Hakim, dia sedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Akhyar Rashid meskipun sedar tanggungjawab besar yang perlu digalasnya berdepan barisan ampuh pertahanan Harimau Selatan.

Pemain kelahiran Kuala Terengganu berusia 32 tahun itu turut mengingatkan rakan sepasukannya agar mengelak daripada melakukan kesilapan mudah di samping perlu memanfaatkan setiap peluang yang diraih sepanjang 90 minit perlawanan.


 

Untuk rekod, selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super 2024/2025, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner masih lagi belum tewas dengan mencatatkan dua kemenangan serta dua kali seri.

"Persiapan ini saya rasa rakan sepasukan sudah bersedia untuk perlawanan esok (malam ini) dan kami satu pasukan akan lakukan yang terbaik.

"Bagi saya dalam bola sepak ini tiada yang mustahil jadi jika kita berjuang sehingga akhir, kemungkinan kita akan membawa pulang satu mata.

"Kita tahu JDT pasukan yang bagus jadi jika ada peluang kami tidak akan mensia-siakan peluang itu." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video