LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Gol lewat KL City kecewakan Sang Kenari
Kedah dikecewakan gol lewat KL City untuk meratapi kekalahan 2-3 di laman sendiri di tangan KL City dalam aksi Liga Super yang berlangsung Stadium Darul Aman, sebentar tadi.
Kebergantungan Kedah kepada dua penyerang import membuahkan hasil apabila Milos Gordic berjaya membuka tirai jaringan minit ke-25.
KL City nyata sedikit gementar dengan corak permainan Kedah di gelanggang mereka sendiri.
Iklan
Namun akhirnya berjaya juga skuad warga kota mengimbangi perlawanan dengan gol penyamaan menerusi Paulo Josue.
Memulakan separuh masa kedua dengan lebih baik, KL City pula mendahului Kedah juga menerusi Josue minit ke-62 tetapi tuan rumah hanya memerlukan tiga minit untuk meledak gol penyamaan menerusi Fadzrul Danel Mohd Nizam.
Ketika perlawanan seakan berakhir seri, muncul Sean Gianelli merobek gawang Kedah untuk gol kemenangan KL City empat minit sebelum masa sebenar tamat.
Keputusan lain:
TERENGGANU 2 SABAH 2
Must-Watch Video