LIGA SUPER MSIA

LIGA SUPER - Gol cantik Irfan Fazail bertaraf dunia

Stadium Astro
Lukman
22/11/2023
07:30 MYT
Sponsor Banner
LIGA SUPER - Gol cantik Irfan Fazail bertaraf dunia
Sesiapa yang menyaksikan jaringan menakjubkan Irfan Fazail ketika untuk Sabah ketika menentang Kelantan, Isnin lalu pasti terpukau.
Sambil menampan bola, Irfan kemudian ambil dua langkah sebelum meledakkan rembatan bagaikan peluru yang sama sekali menewaskan penjaga gawang Kelantan, Muhammaad Irfan Haikal, pada minit ke-56.
Ia adalah gol keempat daripada tujuh gol yang disumbat Sabah ke dalam gawang Kelantan.
Bagi Kelantan, kekalahan tujuh gol itu menyaksikan skuad Pantai Timor itu sudah bolos 102 gol dalam 23 aksi Liga Super.
Antara kekalahan terbesar Kelantan musim ini dalam Liga Super:
19 Apr: Sabah 6 Kelantan 1 14 Aug: Kelantan 0 Terengganu 8 25 Aug: Kelantan 2 Selangor 11 28 Okt: Perak 8 Kelantan 0
Saksikan jaringan cantik Irfan Fazail...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video