Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Giliran PDRM belasah Kelantan FC

pdrm-2023.jpg
Juara Piala Cabaran, PDRM FC meneruskan momentum positif pemburuan kelompok terbaik Liga Super apabila membelasah Kelantan FC, 7-2 dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.

The Cops kendalian Datuk Ahmad Yunus Alif memulakan kempen gol apabila mendahului 2-0 bagi memimpin perlawanan pada separuh masa pertama.

Dua gol The Cops dijelmakan hasil jaringan pemain import James Okwuosa (m-19) diikuti Izaaq Izhan Yuswardi pada masa kecederaan (m-52).

Separuh masa kedua, The Red Warriors (TRW) kendalian Alfredo Angel Vera terus ketinggalan apabila tuan rumah melebarkan jaringan menerusi dua gol daripada Kyaw Min Oo (m-59) dan Bruno Suzuki (m-62)

Namun TRW yang tidak mengalah merapatkan jurang menerusi Mohamad Khala'If Mohd Naskam (m-63) sebelum Bruno menambah gol kedua pada minit ke-64.

TRW berusaha bangkit memberikan saingan menerusi gol daripada Leonardo Rolon (m-72), namun The Cops tampil lebih garang dengan jaringan Muhammad Nur Iqmal Harun (m-74) sebelum Bruno melengkapkan hatrik pada minit ke-90 untuk tiga mata tuan rumah.

Kemenangan itu membolehkan The Cops kekal di tangga kelapan liga dengan 37 mata selepas mengharungi 25 perlawanan.

TRW pula kekal di tangga ke-14 liga dengan lapan mata selepas mengharungi 25 perlawanan.

 

Advertisement

Must Watch Video