Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Fandi Ahmad tidak puas hati walaupun Sri Pahang menang besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fandi-ahmad.jpg
Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, mengakui 'kurang gembira' dengan corak permainan pasukannya meskipun melakar kemenangan 5-1 ke atas Kelantan United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.

Fandi berkata, hal ini kerana barisan pemain Tok Gajah dilihat memperagakan aksi di bawah keupayaan sebenar dalam perlawanan itu.

"Perlawanan hari ini (semalam) bukan kekuatan sebenar kami (Sri Pahang). Pada saya, kami cukup beruntung apabila Kelantan United ada peluang tetapi gagal menepati sasaran," katanya semasa sidang media sejurus tamat perlawanan.

Menurutnya, selepas mendahului dengan tiga jaringan, corak permainan yang ditunjukkan oleh skuad Tok Gajah itu mulai kendur sehingga memberi ruang kepada lawan untuk mendapatkan semula rentak mereka.

Ujarnya, segala kelemahan yang dikesan dalam perlawanan itu akan diperkemaskan semula bagi memastikan Sri Pahang kembali ke landasan sebenar.

Fandi memberitahu kemenangan itu menghidupkan lagi peluang Sri Pahang untuk memintas Sabah FC yang kini dibezakan dengan hanya dua mata.

"Kami masih berkelebihan dua perlawanan, jadi saya mahu kami teruskan rentak kemenangan dalam aksi berikutnya," katanya.

Dalam perlawanan itu, gol-gol Sri Pahang diledakkan masing-masing oleh Mohd Azrif Nasurulhaq (minit ke-10), Sergio Aguero (minit ke-22, 27), Kpah Serman (minit ke-66) dan David Rowley (minit ke-90).

Gol saguhati Kelantan United pula dijaringkan oleh Royyizat Daud pada minit ke-77.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video