Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Eddy Gapil gesa Elisha lebih 'tajam' di depan gawang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

edyy-gapil.jpg
Ketua jurulatih PDRM, Eddy Gapil, mengakui berasa lega apabila pasukannya berjaya bangkit untuk mengikat DPMM 2-2 dalam aksi minggu pertama saingan Liga Super 2025/26 di Selayang, semalam.

Pengendali kelahiran Keningau, Sabah berusia 43 tahun itu bagaimanapun menegaskan masih banyak kerja rumah yang perlu dia lakukan terutamanya selepas The Cops berdepan rombakan besar-besaran dalam skuad utama musim ini.

Dia dalam perkembangan sama turut meluahkan ketidakpuasan hati dengan prestasi yang ditampilkan penyerang import kelahiran Nigeria, Elisha Kashim, sambil berharap pemain berusia 20 tahun itu segera bangkit membuktikan kemampuan selaku penyerang utama Sang Saka Biru.





"Sepanjang persiapan kami selama empat minggu, inilah hasilnya. Jika penilaian saya selama 90 minit saya berpuas hati.

"Saya tidak puas hati dengan prestasi yang dipamerkan Elisha, dia sepatutnya sebagai import perlu lebih baik daripada pemain tempatan. Banyak kesilapan mudah pemain lakukan. Mungkin pemain baru ambil masa untuk fahami corak permainan yang kami terapkan," katanya.

Sementara itu di kem pelawat pula, pengendali DPMM, Jamie McAllister ternyata kecewa selepas pasukannya gagal mempertahankan kelebihan dua jaringan yang diraih dalam babak pertama perlawanan.

Jamie menggesa pasukannya untuk tidak lagi mengulangi kesilapan sama terutamanya ketika berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBSJ) menentang Selangor bagi aksi kedua Liga Super pada Selasa depan nanti.

"Banyak pemain baru jadi ia mengambil masa untuk memahami. Kami akan cuba berikan yang terbaik dan bersaing dalam setiap perlawanan." tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video