Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Devan puji impak pemain tempatan Negeri Sembilan FC atasi PDRM

ns-fc.jpg
Negeri Sembilan melanjutkan rentak kemenangan mereka dengan menghidupkan peluang kembali ke kelompok lima terbaik Liga Super menerusi kemenangan tipis 2-1 di Stadium MBPJ, malam tadi. 

Ternyata momentum kemenangan skuad kendalian K. Devan itu -- sejak mengalahkan Kuala Lumpur City hujung minggu lalu -- mendorong penguasaan permainan yang menghadiahkan mereka jaringan pembukaan hasil kederasan Shahrel Fikri Fauzi pada minit ke-41.

Selepas itu, kedua-dua pasukan berhempas-pulas untuk mencari jaringan tetapi tiada penyudah sempurna terhasil hinggalah beberapa minit sebelum wisel penamat ditiupkan, pelawat dikejutkan dengan jaringan penyamaan.




Amirul Waie Yaacob muncul wira PDRM untuk sekurang-kurangnya memberi satu mata buat mereka dalam aksi ke-11 liga tetapi ia belum mampu menamatkan perjuangan Negeri Sembilan yang kembali mendahului menerusi sentuhan pemusnah Selvan Anbualagan, berselang beberapa minit kemudian, sekali gus meletakkan mereka di tangga keenam. 

"Kami menang mungkin bermain menentang sebuah pasukan kelompok bawahan. 




"Bukan kami nak rendahkan kemampuan PDRM tapi kami juga masih bergelut di zon bawahan. 

"Permainan Kami teratur dan corak bertahan kami memang kompak, barisan pemain saya tidak banyak membuat kesilapan kecuali satu peluang daripada PDRM. 

"Hanya awal babak kedua perlawanan memaksa kami bertahan, selepas itu kemasukan Uche Agba memberi mereka kelebihan. 

"Saya pula mengeluarkan pemain import, Casagrande dan Levy Madinda, untuk menggunakan tenaga tempatan sepenuhnya.

"Kami agak tertekan menuju penghujung perlawanan tapi sebelum itu kami mempunyai dua lagi peluang terhidang. 

"Walaupun dengan pemain tempatan sepenuhnya selepas itu, mereka bekerja keras dan disiplin di atas padang.

"Kami memang layak menang," katanya dalam sidang media selepas perlawanan. 
 

Advertisement

Must Watch Video