Berbaki dua aksi Liga Super sebelum menutup tirai musim ini, banyak kerja rumah yang perlu dilakukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam misi membawa pasukan itu ke pentas Piala AFC edisi 2023.
Biarpun skuad K Devan itu menang 4-3 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam, bocor tiga gol kepada lawan berkenaan bukan sesuatu yang boleh dibanggakan skuad Jang itu.
Pengendali kelahiran Bahau itu mengakui dia perlu memperkasakan lagi benteng pertahanan pasukan bagi menghadapi cabaran berikutnya menentang Melaka United (MU) FC.
“Kami perlu perbaiki kelemahan di bahagian pertahanan menjelang perlawanan menentang MU selepas ini kerana pasukan perlu kekalkan kemenangan untuk mendapatkan kedudukan yang baik dalam carta liga.
“Walaupun kami menjaringkan empat gol dengan tiga gol dalam separuh masa kedua, gawang Negeri Sembilan juga mudah bolos dan ini menunjukkan cabaran berdepan Kedah bukan suatu yang mudah,” katanya.
Skuad Hobin Jang Hobin itu melakar kemenangan ke-11 musim ini setelah menewaskan Kedah 4-3 dengan dua gol hasil ledakan Gustavo Dos Santos dan masing-masing satu gol oleh Matheus Alves dan Sean Eugene Selvaraj.
Tiga gol Kedah pula dijaringkan oleh Mahmoud Al-Mardi, Sanrawat Dechmitr dan Marcos Vales Gonzales.
Devan juga menyifatkan kemenangan itu begitu bermakna buat skuad Jang berkenaan biarpun diberi tentangan sengit oleh Helang Merah kerana barisan pemain mereka telah menunjukkan komitmen dan fokus yang tinggi sehingga ke penghujung saingan.
Baginya, bukan mudah berdepan sebuah pasukan berpengalaman seperti Kedah, yang dibimbing jurulatih berwibawa selain menampilkan barisan pemain muda berbakat serta corak persembahan agresif.
“Kemenangan ini begitu bermakna buat Negeri Sembilan untuk membolehkan peluang kami mengejar Sabah FC dan Terengganu FC (TFC) bagi mendapatkan tempat ke saingan Piala AFC musim depan,” kata Devan
NSFC akan menanti kunjungan MU pada Selasa ini dan akan bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan menentang Sri Pahang FC pada 15 Oktober ini.
Kredit: Sinar Harian