Meskipun badai melanda, ia tetap tidak mampu mengungkap keseluruhan perasaan pemain Kedah.
Pelbagai detik suka duka menyelubungi hati pemain ketika bergelar pemain bola sepak profesional sebagai kerjaya dan minat yang mendalam.
Demi maruah kebanggaan pasukan dan penyokong, Sang Kenari tetap berjuang mengharumkan nama Kedah yang dahulunya disegani kelab Liga Super Malaysia.
Menerusi satu hantaran di TikTok rasmi pasukan itu, Kedah menyeru semua peminat hadir memeriahkan perlawanan akhir di tempat sendiri, Stadium Darukaman bertemu Sabah pada Sabtu ini jam 9.00 malam.
Selepas sekian lama, Kedah menginginkan sorakan penyokong untuk menewaskan Sang Badak dengan hadir memenuhkan setiap ruangan stadium.
Apa yang mencuri tumpuan ialah, perkongsian itu seakan memberi petunjuk bahawa ia adalah aksi yang terakhir tanpa menyatakan dengan jelas bahawa tiada lagi penganjuran bola sepak di situ untuk musim ini ataupun sebaliknya.
Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan bahawa kelab utara tanah air itu bakal meninggalkan Liga Malaysia (Liga-M), namun status tersebut masih menjadi tanda tanya.
Untuk rekod, Kedah mengalami masalah kewangan yang semakin meruncing sehingga kini.

@kdafc.official Mai la jenguk kami di stadium 12hb ni.. last home game musim ni.. last home game.. last...... kami teringin nak tengok stadium penuh.. last... ???
♬ nhạc nền - Bé tynn ?♀️ - Cẩm Tiênnn