Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Cheng Hoe kekal berahsia dua calon pemain import baru Selangor FC

tan-cheng-hoe.jpg
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, masih enggan mendedahkan dua calon pemain import yang akan memperkuatkan pasukan Gergasi Merah itu musim ini.

Bagaimanapun, bekas pengendali kebangsaan itu memaklumkan dua pemain berkenaan merupakan seorang penyerang dan seorang pemain tengah bagi menggantikan Herlison Caion dan Baha' Abdel-Rahman, yang tidak dikekalkan.

Cheng Hoe, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata: "Kami masih mencari-cari pengganti Caion dan kemungkinan besar seorang lagi pemain import di bahagian tengah.

"Kami harap dapat mencari pemain tersebut dalam masa terdekat kerana jika kita lihat, semua pasukan sedang berada dalam persediaan terbaik.

"Jadi, kami memerlukan dua pemain tersebut untuk datang segera bagi menyertai pasukan ini," katanya.

Setakat ini, Selangor FC telah mengumumkan kehadiran pemain tengah kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh, selain tiga pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, Khuzaimi Piee dan V. Ruventhiran.
 

Advertisement

Must Watch Video