Selain Amri Yahyah, perlawanan Sabah dan Kedah Darul Aman pada malam ini turut bakal menjadi perlawanan terakhir Ahmad Marzuki Nasir selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sabah.
Ini susulan pengumuman yang dibuat oleh Marzuki bahawa tanggal 17 Disember adalah hari terakhirnya sebagai CEO Sabah FC dalam satu kiriman di Instagram peribadinya.
Surat perletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Shamsuddin Mohd Shah dan bakal berkuatkuasa mulai esok.
“Di sini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di atas kepercayaan yang diberikan dan keprihatinan beliau terhadap sukan bola sepak di Negeri Sabah.
“Terima kasih SAFA, MFL, FAM, penaja-penaja, rakan-rakan media, semua peminat Sabah FC dan yang paling utama buat barisan kejurulatihan, pemain-pemain dan staf Sabah FC yang telah bersama-sama saya selama hampir tiga tahun untuk mengangkat bola sepak Sabah sehingga ke peringkat Asia" - kata Marzuki.
Marzuki turut menyeru kepada penyokong Sabah untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Likas malam ini untuk memberi sokongan.
Jika kemenangan dapat dibutirkan malam ini, Sabah bakal menamatkan saingan liga di tempat ketiga sekaligus menolak Kedah dibawah mereka.
“Ayuh kita turun beramai-ramai malam ini di Stadium Likas bagi perlawanan terakhir liga untuk memberikan sokongan untuk pasukan kesayangan kita dan juga mengucapkan selamat bersara dari penampilan bola sepak profesional buat lagenda bolasepak Malaysia, Amri Yahyah,” tambah Marzuki.
Ini bakal jadi perlawanan terakhir Sabah sebelum mulakan persiapan hadapi saingan Separuh Akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang Macarthur FC di Sydney pada Februari 2024.
Radu Tatap Radu!

? MATCHDAY ?
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 17, 2023
Pulun Kedah Pulun! ?
? LS 26 | Liga Super 2023
? Sabah FC
? 17 Disember 2023, Ahad
? 9.00 malam
?️ Stadium Likas, Kota Kinabalu
? Siaran langsung di Astro 803 & Astro GO pic.twitter.com/DMUVQxF0EU