"Bukan senang beraksi lebih lima tahun di Malaysia".
Demikian kata penyerang Kuching City, Jordan Mintah, tampak mula memberi bayangan untuk memperkuat kanskuad Harimau Malaya sebagai pemain naturalisasi terbaru negara.
Ia menerusi kemampuannya beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) untuk satu tempoh panjang ketika difahamkan proses dokumentasi pemain terbabit hampir selesai.
Berdasarkan rekod, Mintah sudah cukup lima tahun beraksi dalam Liga-M sejak musim 2020 bersama Terengganu II.
"Perjalanan ini bukan mudah. Saya sentiasa memberi dorongan kepada diri sendiri dan pemain tempatan termasuk pemain muda.
"Bukan mudah untuk seorang pemain import seperti saya untuk kekal lima tahun di sini.
"Saya sentiasa tabik kepada penyerang asing yang mampu bertahan di sini meskipun dalam tempoh tiga tahun.
"Penyokong di sini ingin melihat penyerang import untuk menyumbangkan jaringan.
"Kalau anda gagal menemui sentuhan penyudah dalam dua perlawanan awal (maka anda berdepan kesukaran).
"Pemain yang bagus fikir cabaran di sini mudah tetapi (akhirnya gagal). Namun, bukan disebabkan mereka tidak bagus.
"Liga ini sebaliknya lebih bertekanan tinggi. Sekiranya anda tidak menghormati liga ini maka anda tidak akan berjaya.
"Saya perlu terus berusaha dan menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan agar kami dapat beraksi dengan sepenuh jiwa," katanya.
Kehadiran Mintah pastinya memberi banyak pilihan buat jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski, yang turut bakal menerima sentuhan penyerang prolifik Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, yang bakal dinaturalisasikan awal musim depan.
Selain Mintah, Manuel Hidalgo juga dikatakan akan melengkapkan proses naturalisasi dalam masa terdekat.