Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Bruno Suzuki tidak gentar hadapi Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bruno-suzuki-pdrm.jpg
Bintang PDRM FC, Bruno Suzuki, berkata dia tidak rasa sebarang tekanan akan menjadi sasaran pemain lawan menjelang pertemuan Liga Super dengan Sabah FC di Stadium Petaling Jaya malam esok.

Pemain Jepun kelahiran Brazil itu menyedari dia akan dikawal ketat pertahanan lawan sepanjang perlawanan itu tetapi menegaskan bahawa itu bukan satu masalah untuk dia membantu pasukannya melunaskan misi kemenangan ketiga berturut-turut.

Sebagai rekod, PDRM menewaskan Selangor FC 1-0 di Petaling Jaya pada Sabtu lalu selepas membelasah Kelantan FC 4-1 pada 23 Mei lalu.

Pada Mac lalu, skuad Sang Saka Biru itu turut mencuri tumpuan dengan membenam pasukan kelompok atasan, Kedah Darul Aman FC, 1-0 di gelanggang lawan.

"Saya mahu terus membantu pasukan saya menentang Sabah. Saya mahu menjaringkan gol dan memenangi perlawanan itu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Shifa Nasir.

"Tetapi ia bukan bergantung kepada saya sahaja, rakan sepasukan akan membantu saya dan saya akan menjaringkan gol, jadi ia kerjasama sepasukan.

"Jadi, esok kami akan sekali lagi menunjukkan kerjasama untuk menjaringkan gol dan mencuba untuk menang.

"Saya tidak rasa sebarang tekanan, tiada sebarang masalah. Saya hanya mahu turun ke lapangan dan buat yang terbaik dan menjaringkan gol.

"Saya fikir kami mampu bersaing musim ini kerana kami memiliki pemain yang lebih berkualiti, mempunyai semangat juang, mempunyai lebih motivasi, jadi kami akan berjuang dalam setiap perlawanan," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video