Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish, akan memulakan saingan Grand Prix (GP) Indonesia di petak terakhir esok.
Perkara itu susulan Hakim yang mewakili pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu dikenakan hukuman susulan memperlahankan jenteranya selepas mencatat masa pada pusingan Kelayakan 1 di Litar Mandalika, hari ini.
Selepas terjatuh pada sesi latihan sebelum ini, Hakim itu cemerlang pada sesi kelayakan pertama apabila menamatkan saingan di tempat kedua terpantas dengan catatan 1.37.980 saat di belakang penunggang CIP Green Power, Scott Ogden, yang melakukan catatan terpantas.
Begitupun, momentum henjutan pelumba nyata berubah sepenuhnya di sesi kelayakan kedua apabila kumpulan pendahulu kejuaraan musim ini mula menunjukkan taring sebenar mereka untuk memburu petak hadapan.
Ia menyaksikan Danish tercicir dan gagal mempamerkan pecutan terbaiknya dalam dominasi pelumba utama kejuaraan dunia.