Skip to main content

Berita Sukan Am

Sukan Orang Pekak Asia Pasifik: Dua emas pemangkin skuad catur negara hadapi Deaflympics Musim Sejuk

nn
Advertisement

Skuad catur negara melakar kejayaan luar jangkaan dalam membutirkan dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa, antara sorotan terbaik kontinjen Malaysia dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2026 di Pulau Pinang ketika ini.

Meskipun sasaran awal sekadar satu emas berbekalkan persiapan singkat, barisan atlet yang baru diserap ke dalam pasukan selepas tamat Kejohanan Catur Orang Pekak Malaysia edisi pertama September lalu, membuktikan kredibiliti mereka bersaing di peringkat lebih tinggi.

Advertisement

Ia secara tidak langsung terus membuka mata Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia untuk lebih memperhalusi perancangan buat mereka dengan kadar segera sebagai persiapan menjelang temasya Deaflympics Musim Sejuk awal Januari 2027.

 

Advertisement

"Asalnya kami menyasarkan satu emas. atlet negara kita masih muda dan bersekolah. Saya melihat bakat-bakat baru ini mampu pergi lebih jauh.

"Kami akan memastikan atlet-atlet ini terus berusaha keras di persada antarabangsa.

"Bukan sekadar dalam Sukan Orang Pekak Asia Pasifik, seterusnya Sukan Deaflympics Musim Sejuk di Austria tahun depan," kata Penolong Setiausaha Agung MSDeaf, Nazrul Azwa Zulkipply. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video