Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Barisan legenda bolasepak negara puji kehadiran Brendan beri impak buat Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-v-selangor.jpg
Percaturan membawa masuk pemain tengah, Brendan Gan, ternyata membuahkan hasil buat Selangor dalam memastikan kemenangan 1-0 ke atas Kedah Darul Aman dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Ketiadaan Brendan dalam kesebelasan utama mula menghadirkan persoalan sebelum sepak mula bagaimanapun jentera tengah Selangor bakal mengharungi asakan Kedah di Alor Star.

Dan tanpa kelibatnya, Kedah melakukan asakan demi asakan dalam separuh masa pertama sepanjang 45 minit pertama permainan.

Memasuki perlawanan di separuh masa kedua bagi menggantikan Mukhairi Ajmal Mahadi, menjadi titik tolak perubahan nasib Selangor.

Kualiti dari sudut pengalaman, ketenangan dalam setiap peluang dan kawalan bola meningkatkan mutu permainan pasukan bimbingan Selangor.

Dan jaringan terhasil apabila pemain tersebut tenang mengawal bola sebelum melepaskan hantaran silang yang disempurnakan oleh Ayron del Valle.



Selepas tamat perlawanan, menerusi rancangan pasca-perlawanan, barisan bekas pemain, Azman Adnan, Norshahrul Idlan serta S. Subramaniam, memberikan kredit kepada pemain tengah Selangor dalam merencana kemenangan Gergasi Merah Kuning.

Azman berkata, "Brendan Gan dibawa masuk dalam separuh masa kedua terus menghadirkan kelebihan buat pasukan,.

"Ketenangan dimiliki Brendan dalam kawalan bola terus meningkatkan kualiti Selangor pada separuh masa kedua."

Norshahrul atau mesra disapa 'Mat Yo' pula berkata, "Keputusan yang tepat membawa masuk Brendan.

"Jentera tengah Selangor lebih mantap, mereka secara tidak langsung menghasilkan corak permainan serangan balas yang lebih berkualiti."

Subramaniam pula berpandangan, "Daripada sudut bertahan, kehadiran Brendan berjaya mengimbangi pasukan serta memperkemaskan beberapa ruang yang sebelum ini berjaya ditembusi Kedah ketika melancarkan serangan dalam separuh masa pertama."

Kemenangan Selangor memastikan mereka menamatkan kemarau lapan tahun untuk kembali ke pentas Asia. 

klik berita penuh: https://stadiumastro.com/bola-sepak/liga-super-barisan-legenda-bolasepak-negara-puji-kehadiran-brendan-beri-impak-buat-selangor-251280  

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video