NEGERI SEMBILAN 2 PDRM 0
Negeri Sembilan memastikan kemenangan dalam aksi ke-24 Liga Super apabila menumbangkan PDRM 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.
Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan menuju ke separuh masa, tuan rumah kemudian meningkatkan permainan mereka dalam babak kedua.
Skuad Jang itu akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-48 apabila R. Barathkumar melakukan rembatan dari arah kiri yang terbias ke kaki pertahanan lawan sebelum menerjah masuk ke gawang PDRM.
A. Selvan kemudian menggandakan kelebihan itu pada minit ke-79, di mana dia menyudahkan situasi satu lawan satu dengan Ramadhan Hamid selepas menerima hantaran licik Alif Naquiddin Shouffi.
Kemenangan itu menyaksikan Negeri Sembilan melonjak ke tangga kesembilan liga dengan 24 mata manakala PDRM pula kekal di tangga ketujuh dengan 34 mata.