LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Azmi kekal tenang dalam ketiadaan kelibat Okwuosa
Kapten PDRM, Azmi Muslim, tidak panik dengan penggantungan James Okwuosa untuk pertemuan menentang Negeri Sembilan walaupun rakan sepasukannya itu memberikan impak kuat bersama The Cops setakat ini.
Okwuosa muncul antara pemain yang meraih minit permainan tertinggi sebanyak 900 minit selain ampuh di benteng akhir dengan 17 kali memenangi bola daripada penguasaan pasukan lawan.
Okwuosa terpaksa diketepikan bertemu skuad Jang akibat digantung satu perlawanan susulan menerima kad merah ketika berdepan KL City dalam aksi terakhir pasukan itu sebelum ini.
Iklan
Situasi itu menyaksikan Azmi selaku gandingan utama Okwuosa akan membentuk gandingan berbeza di posisi pertahanan tengah untuk petemuan di Stadium MBPJ Jumaat ini.
"Okwuosa seorang pemain penting dalam pasukan. Kehadirannya memberikan impak dalam jentera pertahanan pasukan," kata Azmi.
Calon untuk menggantikan Okwuosa antaranya pertahanan import kelahiran Myanmar, Kyaw Min Oo atau pemain muda, Alif Najmi Shaaini.
Sememangnya, barisan pertahanan The Cops berdepan tugasan mencabar memandangkan lawan bakal kembali diperkuatkan penyerang utama, Casagrande.
"Saya pernah beraksi dengan Casagrande sebelum ini dan mengetahui kemampuannya. Kami telah mengkaji corak permainan mereka dan cuba mengekang usaha pemain itu untuk menghukum kami."
Must-Watch Video