Sabah gagal mengubati duka tewas dalam separuh akhir Unifi Piala Malaysia apabila sekadar mencatatkan keputusan seri berdepan lawan yang sama, Sri Pahang, di Stadium Likas, sebentar tadi.
Skuad kendalian Martin Stano mendapat kelebihan awal menerusi sepakan penalti yang disempurnakan penyerang Harimau Malaya, Darren Lok, pada minit ke-21.
Berselang empat minit kemudian, sepakan jarak jauh dari luar kotak penalti oleh pertahanan kental, Adam Nor Azlin, menembusi gawang bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, untuk kedudukan 1-1.
Sebelum tamat separuh masa pertama, pemain sensasi Tok Gajah, Kpah Sherman, meletakkan anak buah Fandi Ahmad di hadapan menandakan mereka sememangnya berada di kelas tersendiri serta bermotivasi tinggi menghadapi aksi akhir kejohanan tertua di Malaysia itu.
Sang Badak berusaha keras melakar kebangkitan meskipun kehilangan penyudah yang melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke kelab Vietnam, Joao Pedro Boeira Duarte, dan Gabriel Peres.
Skuad tuan rumah akhirnya diberi talian hayat kedua apabila penalti Darren Lok sekali lagi memberi gol buat Sabah.
Keputusan lain:
Penang menyamakan kedudukan minit akhir untuk keputusan 1-1 bertemu Kuching City di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

KEPUTUSAN MASA PENUH – LS21#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/hlCJlYiq0X
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 16, 2025
Sang Badak berusaha keras melakar kebangkitan meskipun kehilangan penyudah yang melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke kelab Vietnam, Joao Pedro Boeira Duarte, dan Gabriel Peres.
Skuad tuan rumah akhirnya diberi talian hayat kedua apabila penalti Darren Lok sekali lagi memberi gol buat Sabah.
Keputusan lain:
Penang menyamakan kedudukan minit akhir untuk keputusan 1-1 bertemu Kuching City di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS21#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/xLq3iDMzxI