KEDAH 1 PDRM 1
Kedah Darul Aman dan PDRM sekadar berkongsi satu mata dalam pertemuan minggu ke-14 Liga Super Malaysia di Stadium Darulaman, sebentar tadi.
Cleylton dos Santos mudah menampan bola selepas bola muntah yang ditepis oleh penjaga gol PDRM, Bryan See, memberikan jaringan pertama buat pasukan tuan rumah pada minit ke-29.
Jaringan bekas pemain Selangor, Ifedayo Olusegun, pada minit ke-38 dibatalkan oleh pengadil permainan apabila video bantuan pengadil (VAR) menafikan gol tersebut ekoran kedudukan ofsaid pemain itu.
Skuad kendalian P.Maniam tidak berputus asa dan sering melancarkan corak serangan bertali arus demi memecahkan kebuntuan di tempat lawan.
Aremu Timothy sekali lagi menjadi wira buat The Cops apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil daripada hantaran Safiee Ahmad yang menewaskan Ifwat Akmal.
Keputusan itu tidak berubah sehingga wisel penamat dibunyikan menyaksikan kedua-dua pasukan memperoleh satu mata.

KEPUTUSAN MASA PENUH – LS14#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/miaWVptpSc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 25, 2024