Jaringan tunggal Ayron del Valle pada minit ke-62 cukup bermakna buat Gergasi Merah Kuning untuk memperoleh tiga mata sekaligus menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua serta memperoleh tiket ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 musim hadapan.
Berbangga dengan kemenangan malam ini, Cheng Hoe meletakkan setiap individu dalam pasukan memainkan peranan penting dalam musim yang memberangsangkan buat pasukan namun melihat perjalanan mereka masih lagi jauh.
"Tiga mata yang cukup penting, barisan pemain berhak memperoleh kemenangan ini apabila mereka telah berusaha sejak permulaan musim.
"Terdapat tempoh dalam separuh masa pertama Selangor gagal mengawal permainan namun semangat yang ditampilkan cukup untuk memastikan kami mendapatkan kemenangan ini
"Sebagai jurulatih, saya cukup berbangga dengan setiap individu dalam pasukan yang telah berusaha untuk pasukan.
"Namun harus diingatkan, perjalanan masih jauh banyak lagi perlu diperbaiki Selangor bagi menghadapi musim hadapan dan berharap kami mampu memastikan permainan yang terbaik."
Selepas gagal bersama bekas jurulatih kebangsaan mendiang B. Satianathan serta dua jurulatih dari Jerman Karsten Neitzel dan Michael Feichtenbeiner, Selangor FC akhirnya kembali ke pentas Asia menerusi sentuhan Tan Cheng Hoe. Well done coach Tan. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/On15ceZwbG
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 2, 2023