Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak, akur nasib tidak menyebelahi pasukannya untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata apabila tewas 3-4 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam saingan Liga Super semalam.
Jurulatih dari Singapura itu kekal positif selepas anak buahnya mencipta banyak peluang jaringan, namun tidak tepat ke sasaran.
“Biarpun sebahagian separuh masa kedua kami ketinggalan 1-4, pemain saya tidak berputus asa dan merapatkan jurang menerusi dua gol pada penghujung babak.
“Kami hampir mencatatkan keputusan yang positif,” katanya.
Dalam aksi tersebut, kemenangan NSFC diraih menerusi dua gol Gustavo Dos Santos dan masing-masing satu gol daripada Matheus Alves dan Sean Selvaraj.
Tiga gol Kedah pula hasil sumbangan Mahmoud Al Mardi, Sanrawat Dechmitr dan Marcos Vales Gonzales.
Aidil Sharin turut mengakui beberapa kesilapan pemainnya membolehkan barisan penyerang pasukan tuan rumah itu mudah mengambil kesempatan menjaringkan gol.
Dia juga sedar menentang NSFC bukan suatu tugas mudah, lebih-lebih lagi dengan keadaan padang yang lembab.
“Kami akan perbaiki apa juga kelemahan dalam pasukan sebagai persiapan menghadapi baki dua perlawanan sebelum mengakhiri tirai saingan musim ini,” katanya lagi.
Pertembungan antara kedua-dua pasukan berkenaan sepatutnya berlangsung pada Jumaat lalu tetapi ditunda susulan keadaan padang ditakungi air selepas hujan sepanjang hari.
Kredit: Sinar Harian