LIGA SUPER MSIA

Liga Super: Adrijan Rudovic akui keserasian bersama Gallifuoco semakin mantap

Stadium Astro
Saufi Tahir
07/10/2024
11:10 MYT
Sponsor Banner
Liga Super: Adrijan Rudovic akui keserasian bersama Gallifuoco semakin mantap
Tonggak pertahanan import Kuala Lumpur City, Adrijan Rudovic, mengakui gandingannya bersama Giancarlo Gallifuoco di barisan pertahanan tengah skuad Warga Kota semakin serasi selepas menghadapi 10 perlawanan Liga Super 2024/2025.
Lebih melegakan lagi pemain kelahiran Montenegro itu, tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran serta intensiti liga domestik meskipun ini merupakan musim pertama dia beraksi di liga rantau Asia Tenggara.
Rudovic turut berharap kehadirannya menyertai skuad kendalian Miroslav Kuljanac mampu menghadirkan tambah nilai terbaik bagi bantu 'The City Boys' mengharungi kempen Liga Malaysia selain meletakkan sasaran untuk mara sejauh mungkin dalam Kejohanan Shopee Cup 2024/2025.
"Buat masa ini saya berasa gembira, saya bermula dengan langkah kiri selepas meraih kad merah dalam aksi debut saya.
"Selepas itu saya berasakan saya melakukan dengan baik bersama Giancarlo Gallifuoco dari aspek keserasian kami bertahan dengan dia merupakan pertahanan terbaik dalam liga ini.
"Sejak kali pertama di Asia dari Eropah semestinya mempunyai isu dengan cuaca, tetapi selepas enam bulan di sini ia bukan lagi masalah. Saya semakin yakin, dengan minit perlawanan pasti segalanya akan lebih mudah." katanya.
Untuk rekod, sebelum ini pemain berusia 28 tahun itu mewakili kelab negara kelahirannya, FK Sutjeska Niksic, dalam Montenegrin First League.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video