Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: 500 anggota polis kawal keselamatan aksi Perak-JDT malam ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

polis.jpg
Polis membuat persiapan rapi dengan menempatkan 500 pegawai dan anggota bagi mengawal keselamatan pada perlawanan ulangan Liga Super Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, malam ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, penempatan anggota tidak hanya di dalam dan luar stadium, tetapi melibatkan kawasan sekitar termasuk pekan Ipoh bagi membantu penugasan sekiranya berlaku konflik dan provokasi di luar padang.

"Sepertimana perlawanan-perlawanan dengan pasukan lain, polis telahpun membuat persiapan menangani sebarang kejadian tidak terduga.

"Kita bukan hanya melihat dari segi kemungkinan sahaja, tetapi ini berasaskan kepada risikan pasukan polis yang terlibat menangani situasi-situasi di luar kawalan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Angkat Skuad Aman Wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Amanita) Perak di Dewan Konvensyen Pusing di sini, hari ini.

Azizi turut menasihati penyokong kedua-dua pasukan menjaga tingkah laku dan menunjukkan rasa hormat sepanjang perlawanan berlangsung.

"Perlawanan bola tidak harus dicemarkan dengan insiden-insiden yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab oleh sesetengah kumpulan yang saya sifatkan belum cukup matang," katanya.

Kedua-dua pasukan sebelum ini bertemu pada 17 Ogos lalu di Stadium Perak dengan hanya sempat bermain tidak sampai empat minit sebelum perlawanan ditangguhkan.

Keputusan itu dibuat pengadil perlawanan atas faktor hujan lebat dan padang yang digenangi air, memaksa perlawanan ditukar ke 5 Oktober.

Tindakan itu bagaimanapun telah mencetuskan rasa tidak puas hati kalangan penyokong dengan membuat kekecohan dan provokasi yang mengancam ketenteraman awam.

Susulan itu, polis menahan lapan individu berusia antara 16 hingga 32 tahun atas kesalahan menghalang tugas pegawai polis dengan membaling botol ke arah anggota yang sedang bertugas.

Kredit -- Sinar Harian

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video