Skip to main content

Bola Sepak

Liga Pro Saudi: Kemenangan Al-Nassr patut dibatalkan, Al-Wehda layak menang percuma

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo.jpg
Wartawan tempatan, Abdul Mohsen Al-Jahlan, menggesa pengelola Liga Pro Saudi agar menghukum Al-Nassr dan tidak bersikap pilih kasih. 

Pasukan pelawat tiba di Bandar Sukan King Abdulaziz --gelanggang yang digunakan oleh Al-Wehda -- sembilan minit selepas sepak mula.

Kelewatan itu yang dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan sejam.

Justeru, Abdul Mohsen, menuntut Persatuan Liga Saudi agar menjatuhi hukuman ke atas skuad kendalian Stefano Pioli itu dan menghadiahkan kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah. 

 

Ronaldo kemudian mencetak satu jaringan dan memenangi sepakan penalti yang disempurnakan Sadio Mane ketika Al-Nassr menang 2-0 untuk memanjat ke tangga ketiga liga. 


"Saya mahu memohon maaf bagi pihak Al-Nassr kerana lambat memulakan perlawanan ini. Ia tidak harus berulang. Maaf," katanya selepas perlawanan. 
 

Advertisement

Must Watch Video