Skip to main content

Bola Sepak

Liga Pro Saudi: Gol sendiri nafi kemenangan sulung Ivan Toney

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sadio-mane_flz9xh1oy1t51n5dnzyrlli55.jpg
Jaringan sendiri Bassam Al-Hurayji pada minit ke-100 perlawanan memberikan keputusan seri 1-1 buat Al-Nassr bertemu Al-Ahli sekaligus menafikan permulaan kemenangan Ivan Toney di Arab Saudi.

Franck Kessie kelihatan sudah memberikan tiga mata buat Al-Ahli menerusi gol yang diledak pada minit ke-57, namun tekanan Al-Nassr di penghujung permainan berhasil apabila Al-Hurayji menampan masuk hantaran silang Sultan Alghannam ke gawang sendiri.
 

Untuk rekod, Al-Nassr kini telah menjaringkan gol dalam 22 perlawanan terakhir mereka bagi saingan Liga Pro Saudi.

Selain itu, mereka juga tidak pernah kalah dalam enam perlawanan bertemu Al-Ahli (menang 3, seri 3).

Advertisement

Must Watch Video