Skip to main content

Bola Sepak

Liga Perdana Inggeris batal acara jabat tangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

epl-cropped_10tw4h5th68du1d2egwr7gyc5n.jpg
Liga Perdana Inggeris mengesahkan tiada sesi bersalaman sebelum perlawanan sehingga notis seterusnya dikeluarkan akibat Coronavirus.

Memandangkan virus itu hadir secara meluas dan disahkan di seluruh Eropah termasuk Britain, acara sukan juga dilihat terkesan.

Kelmarin, kerajaan Itali mengumumkan semua acara akan diadakan secara tertutup sehingga 3 April depan sambil saingan Enam Negara melibatkan England dan Itali juga ditangguhkan.

Di Perancis, Liga Bolasepak Profesional (LFP) telah mengubah suai semua protokol untuk setiap perlawanan sehingga notis seterusnya dikeluarkan.

Kini, liga tertinggi England dilihat bakal mengambil langkah tersendiri selepas menerima nasihat perubatan di mana tiada lagi sesi bersalaman melibatkan dua kumpulan pemain serta pegawai perlawanan, bermula hujung minggu ini.

"Coronavirus boleh merebak menerusi titisan kecil daripada hidung serta mulut dan ia bolah dipindahkan ke tangan lain melalui bersalam," kata wakil Liga Perdana Inggeris.

"Pihak kelab dan pegawai perlawanan tetap akan menjalankan protokol lain selepas ini seperti biasa.

"Mengenai masuk ke padang, dua pasukan akan berbaris, ditemani lagu tema Liga Perdana Inggeris sebelum pemain daripada skuad tuan rumah akan berjalan melintasi lawan tanpa berjabat tangan."
 

Advertisement

Must Watch Video