Skip to main content

Bola Sepak

Liga Negara-Negara: Perancis jumpa Portugal, Croatia

portugal.jpg
Perancis dan Croatia akan mengulangi pertembungan perlawanan akhir Piala Dunia selepas diundi dalam kumpulan yang sama dalam kempen Liga Negara-Negara musim 2020-21 di samping juara bertahan, Portugal, sementara Jerman dan Sepanyol akan saling berhitung.

Pasukan asuhan Fernando Santos itu memenangi edisi pengenalan tahun lalu apabila mengalahkan Belanda 1-0 hasil ledakan Goncalo Guedes, namun undian dalam Kumpulan 3 itu yang turut dihuni Sweden, Croatia dan Perancis bakal menguji keupayaan mereka.

Format kejohanan itu diubah sedikit pada kali ini apabila setiap kumpulan Liga A menempatkan empat pasukan berbanding tiga tetapi seperti sebelum ini, pasukan teratas dalam saingan akan bertemu dalam separuh akhir.

 
Itali juga berpeluang ke separuh akhir setelah diundi bersama-sama Poland, Bosnia-Herzegovina manakala Belanda diramalkan sebagai pencabar utama mereka.

Dalam Kumpulan 4, Jerman dan Sepanyol akan menjadi pilihan berbanding Ukraine dan Switzerland sementara England dan Belgium dalam Kumpulan 2 di samping Iceland dan Denmark.

Kejohanan itu akan bermula awal September depan dengan perlawanan akhir ditetapkan pada Jun 2021.

Keputusan penuh undian: 

Liga A


Kumpulan 1: Poland, Bosnia-Herzegovina, Itali, Belanda

Kumpulan 2: Iceland, Denmark, Belgium, England

Kumpulan 3: Croatia, Sweden, Perancis, Portugal

Kumpulan 4: Jerman, Ukraine, Sepanyol, Switzerland


Liga B

Kumpulan 1: Austria, Norway, Northern Ireland, Romania

Kumpulan 2: Republik Czech, Scotland, Slovakia, Israel

Kumpulan 3: Russia, Serbia, Turki, Hungary

Kumpulan 4: Wales, Finland, Republik Ireland, Bulgaria

 
Liga C

Kumpulan 1: Azerbaijan, Luxembourg, Cyprus, Montenegro

Kumpulan 2: Armenia, Estonia, Macedonia, Georgia

Kumpulan 3: Moldova, Slovenia, Kosovo, Greece

Kumpulan 4: Kazakhstan, Lithuania, Belarus, Albania

 
Liga D

Kumpulan 1: Malta, Andorra, Latvia, Kepulauan Faroe 

Kumpulan 2: San Marino, Liechtenstein, Gibraltar

Advertisement

Must Watch Video