Skip to main content

Bola Sepak

Liga Negara-Negara: England senaraikan Kane tapi Trippier, Winks terpinggir

kieran-trippier-and-harry-kane.jpg
Harry Kane tersenarai dalam skuad utama England menjelang pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah, namun rakan sepasukannya di Tottenham Hotspur, Kieran Trippier dan Harry Winks, dipinggirkan daripada pasukan.

Trippier dan Winks -- yang berharap akan tersenarai dalam kesebelasan utama kelab itu dalam final Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool hujung minggu ini -- berdepan nasib yang sama dengan gandingan daripada Southampton, Nathan Redmond dan James Ward-Prowse, yang turut tidak tersenarai dalam barisan terakhir 27 pemain pilihan Gareth Southgate itu.

Pertahanan kanan, Trippier, merupakan bintang yang membawa England ke separuh akhir Piala Dunia tahun lalu, namun memaparkan aksi merudum dengan kelab kendalian Mauricio Pochettino itu musim ini.

Kane mengekalkan tempatnya dalam skuad utama England walaupun terpaksa berehat selama tujuh minggu ekoran kecederaan buku lali sebelum ini.

Bintang penyerang Spurs itu memberi jaminan bahawa dia akan cergas sepenuhnya menjelang perlawanan dengan Liverpool, Ahad ini.

Pemenang Anugerah Kasut Emas Piala Dunia itu merupakan salah seorang daripada tujuh pemain Liverpool dan Spurs yang terpilih dengan England akan bertemu Belanda dalam Liga Negara-Negara hanya lima hari selepas pertembungan terulung di Madrid itu.

Seperti Kane, rakan sepasukannya di Spurs, iaitu Danny Rose, Eric Dier dan Dele Alli, serta trio The Reds, Jordan Henderson, Joe Gomez dan Trent Alexander-Arnold, hanya akan memperoleh waktu rehat singkat sebelum menyertai The Three Lions ke Portugal.

Senarai penuh skuad England: 
Jack Butland (Stoke City), Tom Heaton (Burnley), Jordan Pickford (Everton), Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Ben Chilwell (Leicester City), Joe Gomez (Liverpool), Michael Keane (Everton), Harry Maguire (Leicester City), Danny Rose (Tottenham), John Stones (Manchester City), Kyle Walker (Manchester City), Dele Alli (Tottenham), Ross Barkley (Chelsea), Fabian Delph (Manchester City), Eric Dier (Tottenham), Jordan Henderson (Liverpool), Jesse Lingard (Manchester United), Declan Rice (West Ham), Harry Kane (Tottenham), Marcus Rashford (Manchester United), Jadon Sancho (Borussia Dortmund), Raheem Sterling (Manchester City), Callum Wilson (AFC Bournemouth).

Advertisement

Must Watch Video