Tonggak Harimau Malaya itu ketika ditemubual eksklusif bersama wartawan, Zulhelmi Zainal Azam di Doha, Qatar baru-baru ini mahu melebarkan sayap ke Liga Jepun atau Liga Korea Selatan.
Dion Cools beri bayangan sertai skuad Harimau Selatan??#Nadiarena #Astroarena pic.twitter.com/FzM7SEUawY
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 30, 2024
Cools menyertai Buriram awal tahun lalu menerusi kuota pemain ASEAN dan berjaya membantu kelab berkenaan memenangi tiga piala untuk musim 2022/2023.
Memasuki tahun kedua untuk musim 2023/2024, bekas pemain Club Brugge dan FC Midtjylland itu tampak belum pasti destinasinya sejurus musim berakhir.
Ia pada ketika pertahanan berusia 28 tahun kelahiran Kuching, Sarawak itu dikaitkan ke Johor Darul Ta'zim susulan pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan bayangan Cools akan menyertai Harimau Selatan suatu hari nanti.