Skip to main content

Bola Sepak

Liga M3: Bukit Tambun FC calar rekod tanpa kalah KL Rovers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-rovers.jpg
KL ROVERS 1 BUKIT TAMBUN 2 

Pendahulu Liga M3, Kuala Lumpur (KL) Rovers, tersungkur 1-2 buat kali pertama musim ini di tangan Bukit Tambun FC di Stadium UPM, Serdang petang tadi. 


Situasi ini membuatkan persaingan merebut tempat ke Liga Super musim depan kembali terbuka.

"Selepas 18 perlawananan barulah kami tewas. Saya sendiri pun tidak sangka dapat bertahan tanpa kalah selama ini. 

"Tahniah kepada Bukit Tambun tapi kami hanya kalah kepada dua gol jarak jauh. 

"Kami agak terasa dengan ketiadaan tiga tonggak kerana selama ini saya sering mengekalkan kesebelasan yang sama. 



"Bagaimanapun, saya begitu berbangga dengan pemain saya yang cuba sedaya upaya untuk bangkit selepas ketinggalan 0-1 dalam separuh masa pertama. 

"Saya mahu pemain menunjukkan karakter mereka selepas satu kekalahan ini dan kami cuma ada enam perlawanan lagi untuk mempertahankan kedudukan kami di tempat atas," kata ketua jurulatih KL Rovers, Wan Mustaffa Wan Ismail.

Advertisement

Must Watch Video