LIGA SUPER MSIA
Liga M3: BRM mungkin gulung tikar
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Kangsar BRM FC, Ghafari Nasir, memaklumkan pihak pengurusan kini dalam proses rundingan bagi mendapatkan penajaan baru.
Ia selepas mereka terpaksa melupakan kerjasama dengan penaja sebelum ini iaitu sebuah syarikat rokok elektronik.
Ghafari tidak menolak kemungkinan pasukannya menarik diri daripada saingan Liga M-3 musim ini sekiranya gagal mendapatkan penaja baru sebelum saingan bermula.
Iklan
Segala keputusan hanya akan diketahui minggu depan selepas selesai mesyuarat melibatkan ahli lembaga pengarah kelab serta perbincangan dengan penaja baru.
"Kebarangkalian kami akan menarik diri kalau isu penajaan ini tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
.
"Kami pun tidak mahukan perkara seperti ini berlaku. Tapi kami perlu tengok kedudukan kewangan, (segala) keputusan terletak kepada ahli lembaga pengarah.
"Saya akan maklumkan kepada ahli lembaga pengarah dalam masa terdekat tentang berkaitan proses penajaan, kalau ada keputusan positif, Insya-Allah kami akan teruskan (perjuangan)," kata Ghafari di Nadi Arena.
Must-Watch Video