Skip to main content

Bola Sepak

Liga KDM Malaysia : Semporna, Kudat, Sepanggar, Telupid ke separuh akhir

fb_img_1567076029867.jpg
ESemporna, Kudat, Sepanggar dan Telupid mara ke separuh akhir Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia 2018-2019.

Semporna layak selepas menyingkirkan juara bertahan, Keningau, dengan agregat 3-2 manakala Kudat mengatasi KDM Bandaraya dengan agregat 4-2.

Sementara itu, pasukan Sepanggar (gambar) tidak menghadapi masalah untuk mara ke separuh akhir selepas menewaskan Ranau dengan agregat 10-1 manakala Telupid juga selesa ke separuh akhir dengan agregat 11-6.

Setiausaha kejohanan, Jellysius Saimpon, berkata penganjur akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan jadual perlawanan separuh akhir liga dan final Piala FA.

Kejohanan tempatan terbesar anjuran Pertubuhan KDM Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Sabah itu menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM300,000.

Advertisement

Must Watch Video