Skip to main content

Bola Sepak

Liga Juara-Juara semakin gila -- Klopp

jurgen-klopp.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berasakan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) semakin gila dan hebat dalam musim 2019-20.

Undian peringkat kumpulan akan diadakan di Monaco malam ini, dengan The Reds kendalian Klopp sudah bersedia untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

Bagi membuktikan kehebatan saingan musim ini, Real Madrid, Atletico Madrid, Borussia Dortmund, Napoli, Shakhtar Donetsk, Tottenham Hotspur, Ajax dan Benfica diletakkan dalam balang dua.

Klopp, yang pasukannya menewaskan Spurs dalam final musim lalu, berkata pasukan-pasukan itu sepatutnya berada dalam balang satu.

"Saya tidak fikir pernah ada pasukan dalam balang dua yang sekuat itu. Ia memang gila," katanya kepada akhbar United Kingdom.

"Mereka sepatutnya berada dalam balang satu, namun tiada ruang yang cukup di situ.

"Saya juga tidak rasa ada balang tiga yang lebih kuat daripada itu.

"Jika mereka memikirkan tentang Liga Super seperti ini, anda tidak perlukannya.

"Kerana inilah ia. Kemudian ada RB Leipzig dalam balang empat, wah!" katanya.

Skuad kendalian Klopp itu diletakkan dalam balang satu di samping Chelsea, Barcelona, Manchester City, Juventus, Bayern Munich, Paris Saint-Germain (PSG) dan Zenit.

Pengendali berbangsa Jerman itu berkata terdapat banyak pencabar untuk menjulang kejuaraan di Istanbul, Turki, 30 Mei tahun depan.

"Saya berasakan banyak pasukan memiliki peluang yang baik.

"Bayern Munich kini memiliki (Ivan) Perisic dan (Philippe) Coutinho yang akan menambah kekuatan mereka.

"Lihat juga Borussia Dortmund dan katakanlah kami lebih kuat daripada mereka.

"Ia memang luar biasa.

"Mereka boleh melakukan lima pertukaran dan anda akan bertanya, 'Mereka benar-benar tidak beraksi minggu lalu? Mengapa?'

"Banyak pasukan berkualiti tinggi, kita ada Juventus, kita ada PSG.

"Apa sahaja yang berlaku, mereka pasti akan mencari penyelesaian.

"Real Madrid pula? Anda fikir mereka sudah berputus asa?" katanya lagi. 

Balang satu: Barcelona, Manchester City, Liverpool, Chelsea, Bayern Munich, Juventus, Paris Saint-Germain, Zenit.

Balang dua: Real Madrid, Atletico Madrid, Borussia Dortmund, Napoli, Tottenham, Shakhtar Donetsk, Ajax, Benfica.

Balang tiga: Lyon, Bayer Leverkusen, Salzburg, Olympiacos, Club Brugge, Dinamo Zagreb, Inter Milan, Valencia.

Balang empat: Lokomotiv Moscow, Genk, Red Star Belgrade, RB Leipzig, Lille, Atalanta, Slavia Prague, Galatasaray.

Advertisement

Must Watch Video