Skip to main content

Bola Sepak

Liga Juara-Juara Asia: Paulinho beri bekalan selesa buat Guangzhou Evergrande

240517-paulinho.jpg
Pemain Brazil, Paulinho, menjaringkan gol tunggal pada minit ke-75 untuk memberikan kemenangan buat Guangzhou Evergrande dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia 2017 menentang Kashima Antlers.

Perlawanan seakan-akan tamat tanpa sebarang jaringan sebelum sepakan penjuru Yu Hanchao disudahkan oleh Paulinho dari jarak dekat.

Sementara itu, Kawasaki Frontale dan Al-Hilal masing-masing turut membawa bekalan selesa dari tempat lawan menjelang perlawanan timbal-balik pada minggu hadapan, selepas menewaskan  Muangthong United dan Esteghlal Khuzestan.

Dalam perlawanan lain, Persepolis terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 di tempat sendiri dalam perlawanan menentang Lekhwiya.

Advertisement

Must Watch Video