Skip to main content

Bola Sepak

Liga Europa: Sevilla julang kejuaraan buat kali ketujuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

c8d4fdb91d1f43b2a2dbb93437b79f50.jpg
Gonzalo Montiel sekali lagi menjadi wira Sevilla dalam penentuan penalti selepas pasukan itu merangkul gelaran Liga Europa buat kali ketujuh sekaligus memberikan kekalahan pertama kepada pengurus Roma, Jose Mourinho di pentas final.

Mourinho di landasan untuk menjadi pengurus paling berjaya di pentas Eropah dengan enam gelaran apabila Paulo Dybala mengetepikan masalah buku lali yang dialami bulan lalu untuk membenarkan kelab Serie A itu mendahului di Budapest.

Gianluca Mancini, yang melakukan bantuan jaringan kepada Dybala, menjaringkan gol sendiri untuk menyaksikan perlawanan tamat 1-1 selepas 120 minit kemudian gagal menyempurnakan jaringan dalam penentuan penalti, diikuti Roger Ibanez, sebelum Montiel menyempurnakannya bagi memastikan kemenangan 4-1 buat kelab LaLiga itu.

 

Advertisement

Must Watch Video