Skip to main content

Bola Sepak

Liga Europa: Peluang Barca ubati kekecewaan

xavi.jpg
Barcelona diundi bertemu Napoli dalam pusingan awal peringkat kalah mati Liga Europa pada pertengahan Februari depan. 

Gergasi Eropah yang semakin malap itu terkandas di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) selepas dijinakkan Bayern Munich 0-3.

Kali terakhir kelab yang berpangkalan di Camp Nou itu tidak muncul di peringkat kalah mati pertandingan kelab utama Eropah berkenaan ialah pada 2003-04. 

Sebaliknya, Liga Europa menawarkan pasukan kendalian Xavi tersebut sedikit harapan untuk menebus kekecewaan di peringkat benua itu dan sungguhpun Napoli berada di kedudukan keempat Serie A, mereka tetap lawan yang sukar apatah lagi Barca kini sekadar menghuni tangga kelapan LaLiga.

Juara enam kali, Sevilla, akan menentang Dinamo Zagreb sementara jauh Scotland, Rangers, berdepan ujian berat selepas diundi bertemu Borrusia Dortmund.

Sementara itu, ketika Porto dan Lazio saling berhadapan, Atalanta menentang Olympiacos dengan semua perlawanan akan diputuskan dalam dua perlawanan tanpa peraturan gol di tempat lawan. 

Keputusan undian: 

Sevilla lwn Dinamo Zagreb
Atalanta lwn Olympiacos
RB Leipzig lwn Real Sociedad
Barcelona lwn Napoli
Zenit lwn Real Betis
Borussia Dortmund lwn Rangers
Sheriff Tiraspol lwn Braga
Porto lwn Lazio
 

Advertisement

Must Watch Video