LIVERPOOL 5 TOULOUSE 1
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menyifatkan anak buahnya sebagai mudah membuatkan seseorang jatuh cinta selepas menyaksikan kemenangan 5-1 ke atas Toulouse yang meletakkan peringkat kumpulan Liga Europa di bawah kawalan penuh mereka.
Ryan Gravenberch cemerlang mengawal jentera tengah di Anfield, awal pagi tadi, termasuk mencipta satu bantuan dan meledak satu gol dengan Diogo Jota melakar gol kelapannya dalam tujuh dalam perlawanan melibatkan aksi peringkat kedua Eropah itu, sementara Wataru Endo membuka akaun jaringannya bersama The Reds selain Darwin Nunez dan pemain gantian, Mo Salah, turut menemui sentuhan penyudah.
Begitupun, pertemuan awal pagi tadi membuktikan keupayaan barisan kedua Liverpool untuk mengimbangi musim ini.
Klopp melakukan lapan pertukaran daripada kemenangan 2-0 ke atas musuh setempat, Everton, apabila memberikan penampilan sulung penuh kepada pemain remaja, Luke Chambers, manakala Calum Scanlon dan James McConnell kedua-duanya berada di bangku simpanan.
Klopp terpaksa melakukan membentuk semula pasukannya pada musim panas ini selepas dilanda kekecewaan musim lalu selain penghijrahan Jordan Henderson dan Fabinho yang tidak dijangka, namun petanda positif ketika ini memastikan Liverpool tiga mata di belakang puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan masih dalam perjuangan untuk semua pertandingan musim ini.
“Saya fikir ia sangat mudah untuk jatuh cinta dengan pasukan ini,” kat pengurus itu.
“Terdapat begitu banyak keterujaan di dalamnya. Kami perlu membuat rombakan besar, kami perlu berkembang, kami perlu melakukan banyak perkara tetapi banyak petanda yang benar-benar menjanjikan.
“Cara pasukan berinteraksi antara satu sama lain adalah sangat bagus kerana apabila anda bercakap tentang pembinaan semula pasukan, ini tentang segala perkara yang anda lihat di atas padang, malah untuk mengukur sejauh mana proses di luar padang itu berjalan dan jelas ia berlangsung dengan cukup bagus.”

Mo Salah has averaged a goal or assist every 8⃣6⃣ minutes for Liverpool in ???? ??? pic.twitter.com/SVjGgbOaT9
— LiveScore (@livescore) October 26, 2023