Skip to main content

Bola Sepak

Liga Europa: Jarell Quansah tampung ketiadaan Virgil van Dijk

virgil-van-dijk.jpg
Ketua pasukan Liverpool, Virgil van Dijk, akan terlepas pertemuan Liga Europa di Toulouse gara-gara masalah kesihatan tetapi posisinya mungkin diisi oleh pemain muda yang berjaya menarik perhatian pengurus, Jurgen Klopp.

Jarell Quansah, 20, menyertai persiapan pra-musim mereka dan jarang diketengahkan malah terdapat ura-ura bahawa dia akan dipinjamkan.

Klopp, bagaimanapun, memutuskan untuk bertindak sebaliknya dan selepas membuat penampilan sulungnya dalam kemenangan di Newcastle pada Ogos lalu, graduan akademi itu telah menggalas tanggungjawab dalam tujuh perlawanan termasuk dalam barisan utama ketika berknujung ke Wolves dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selain akan terus dipertaruhkan dalam kancah Eropah untuk menghadapi di Toulouse -- yang dibelasah Liverpool 5-1 kali terakhir -- awal pagi esok.

"Virgil tidak begitu besar. Ia bukan isu besar tetapi kami tidak mahu dia berada di dalam pesawat dan mungkin berjangkit dengan orang lain," kata Klopp.





“Sebab itu kami tidak membawanya dalam kunjungan kali ini. Dia dijangka bersedia untuk aksi hujung minggu ini.”

Ditanya mengenai prospek Quansah, pengurus Jerman itu menambah: “Jika anda bertanya kepada saya pada pra-musim sama ada prestasinya boleh meningkat dengan pesat, pasti terkejut tetapi sejak itu saya telah memantaunya setiap hari dan saya tidak terkejut lagi.

“Sangat bagus untuk mempunyai seorang pemain muda daripada akademi kami sendiri dengan potensi dan kualiti sepertinya. 

"Kita akan melihat sejauh mana kemampuan tetapi dia cukup berpotensi. 

"Terdapat khabar angin bahawa dia akan dipinjamkan dan kami mengatakan tidak, ia jelas merupakan keputusan yang sangat baik.”

Advertisement

Must Watch Video